'Kasihanlah sang suami,' Rider tegur golongan wanita ketika ambil barang


  • Tular
  • Khamis, 07 Apr 2022

Penghantar makanan berdepan pelbagai cabaran terutamanya karenah pelanggan.

MENJADI seorang penghantar makanan atau barangan dalam bidang e-hailing adalah satu tugas yang mencabar.

Bukan sahaja perlu meredah hujan atau panas, malahan terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, @khuzaimi_lemat1.0, pelanggan wanita terutamanya golongan para isteri dinasihatkan supaya berpakaian sopan ketika mengambil barangan atau makanan daripada penghantar.

"Jangan sampai berkemban atau memakai baju kelawar terutamanya ketika waktu siang.

"Kalau tak malu pada kami, malulah pada ALLAH.

"Kasihanlah pada sang suami yang perlu menjawab segala pertanyaan di akhirat nanti.

"Kami hanya ingin mencari rezeki yang halal. Bukan sahaja akak mendapat dosa, kami pun dapat dosa," luahnya.

Menjengah ruangan komen di media sosial, seorang warganet, Wanie Misa Amane berkongsi tips sekiranya mahu mengambil barangan daripada penghantar terutamanya untuk golongan wanita.

"Tulis nota siap-siap dekat tempahan atau mesej 'rider', suruh mereka letakkan barangan di atas tembok peti surat atau gantung sahaja di pagar. Ringkas.

"Kalau Cash on Delivery (COD), letak duit siap-siap dalam peti surat atau letak atas tembok.

"Kalau FoodPanda atau GrabFood, kita boleh nampak pergerakan rider. Apabila mereka dah jalan, kita lari laju-laju ambil barangan kita," ujarnya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram