Bukan satu tapi banyak lif jadi mangsa conteng rider FoodPanda ini, apa maksud B dan K?


  • Tular
  • Khamis, 07 Apr 2022

Tangkap layar rakaman perbuatan individu tersebut yang menconteng dinding lif di Apartment Sri Tioman 2, Taman Melati, Gombak di ibu negara baru-baru ini. — Facebook

TULAR di media sosial baru-baru ini apabila seorang pekerja e-hailing FoodPanda didapati melakukan tindakan tidak bermoral dengan menconteng dinding lif sebuah pangsapuri di ibu kota.

Perbuatan individu berkenaan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Apartment Sri Tioman 2, Taman Melati, Gombak di ibu negara.

Menurut pemilik video iaitu @aimanmasry, individu terbabit dilihat menconteng nombor telefon dan abjad seperti B dan K pada dinding lif itu.

Menjengah ruangan komen di media sosial, individu itu didakwa turut melakukan perbuatan sama di kawasan perumahan lain.

"PPR (Projek Perumahan Rakyat) Gombak Setia Blok 43 pun ada B dan K itu. Apa benda B dan K itu? Dia carut ke apa?" kata seorang pengguna Facebook, Muhammad RidzOne.

Majoriti sedang mendapatkan respons daripada pihak FoodPanda berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

FoodPanda, rider, e-hailing, vandalisme, conteng, lif