MALAYSIA merekodkan 17,476 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Jumaat berbanding 15,941 kes pada Khamis.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi data dikeluarkan di portal CovidNow, jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 4,219,395 sejak pandemik tersebut bermula.
KKM melaporkan terdapat 164 kes import Covid-19 pada Jumaat dan baki 17,312 adalah kes tempatan.
Portal CovidNow juga melaporkan sebanyak 17,321 kes sembuh pada Jumaat, menjadikan jumlah kes aktif di Malaysia sebanyak 206,979.
Daripada jumlah kes aktif berkenaan, 97.6 peratus atau 206,979 individu menjalani kuarantin di rumah manakala 615 orang atau 0.3 peratus lagi sedang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) berisiko rendah.
Hanya 2.0 peratus kes aktif atau 8,658 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 263 berada di unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 162 orang memerlukan bantuan pernafasan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram