SERINGKALI kita melihat pelbagai ragam pengguna jalan raya, yang ada kalanya bukan sahaja memeningkan malah menyusahkan orang lain.
Terbaharu, seorang pemandu lori tangki bersikap mementingkan diri apabila membuat pusingan U secara haram dalam rakaman yang dipercayai di Gombak, Selangor pada Rabu.
Tindakan pemandu tersebut sekali gus mengeruhkan lagi keadaan sesak di kawasan tersebut, apatah lagi kejadian itu berlaku pada waktu puncak, iaitu pada jam 6.35 petang.
"Kalau motor dengan kereta kita dah menyampah tengok diorang U-turn dekat sini, apa lagi lori tangki minyak yang cuba nak keruhkan lagi keadaan.
"Rasanya pihak bertanggungjawab kena letak signboard (papan tanda) dekat sini tulis: 100 meter di hadapan ada U-turn, tak rugi pun lah," kata pengguna Facebook, Mohd IzhamAm Chik.
Turut memberi komen, Shairah Azam berkata, pemandu tersebut bukan sahaja membuat pusingan U secara haram, malah berlagak seperti samseng.
"Menonong je himpit kereta yang jalan lurus tu. Dah lah sempit depan BHP (stesen minyak) tu," katanya.
Angah Zal menulis: "Aku fikir kena buat hanya dua lane di situ. Satu masuk and satu keluar ke jalan besar. Atau pacak signboard besar-besar 'no U-turn' dan pasang kamera pengawasan untuk tindakan saman. Masa ni la nak buat duit." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram