Nyanyi lagu rap di majlis agama, Waris dikecam netizen


  • Tular
  • Jumaat, 01 Apr 2022

AKSI Waris (kiri) ketika menyanyikan lagu itu di sebuah majlis agama dan reaksi salah seorang tetamu jemputan yang menyaksikan persembahannya baru-baru ini.

VIDEO penyanyi rap, Waris yang tampil menyanyikan lagu genre tersebut dalam satu majlis agama tular di media sosial sejak Jumaat.

Menerusi video tersebut, penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan itu dilihat menyanyikan lagu 'Rembau Most Wanted Part II' di atas pentas sambil diperhatikan oleh tetamu jemputan yang sedang duduk di pentas sama.

Malah, sebilangan tetamu jemputan yang mengenakan jubah dan berkopiah itu dilihat seperti kurang senang melihat persembahan Waris.

Ada yang menundukkan kepalanya ke bawah sambil menutup bahagian muka, dan ada yang tercengang melihat gelagat penyanyi itu.

Rakaman mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan lagu seperti itu tidak sesuai dibawakan dalam majlis agama dan menyifatkan penyanyi itu tidak menghormati majlis tersebut.

Netizen berpendapat, majlis seperti itu sepatutnya dihiasi dengan alunan berunsur islamik seperti nasyid, selawat atau qasidah.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan maklumat mengenai majlis tersebut.

Majoriti sedang cuba mendapatkan maklum balas penyanyi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram