Punca Pavilion KL terbakar dikenal pasti


  • Tular
  • Rabu, 30 Mac 2022

TANGKAP layar video kebakaran di Pavilion KL pada petang Rabu.

PUSAT beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, Pavilion (Pavilion KL) mengalami kebakaran pada petang Rabu.

Video tular berdurasi 16 saat itu memaparkan, kepulan asap keluar dari bangunan itu mengundang kebimbangan orang ramai.

Sementara itu, pihak pengurusan Pavilion KL memaklumkan, insiden kecil itu berlaku sekitar jam 2.10 petang dan difahamkan terjadi di salah sebuah restoran yang terletak di aras 1 pusat beli-belah tersebut.

"Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Jabatan bomba bersama-sama dengan pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.

"Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Pavilion KL memberi jaminan bahawa mereka mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Difahamkan, pusat beli belah berkenaan masih beroperasi seperti biasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pavilion Kuala Lumpur, kebakaran, bomba