Pekerja Foodpanda menangis dipukul, disepak wanita


  • Tular
  • Selasa, 29 Mac 2022

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan seorang wanita mengasari seorang penghantar makanan Foodpanda.

SATU video yang memaparkan seorang pekerja penghantar makanan Foodpanda dikasari dan dimaki oleh seorang wanita tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan yang meletakkan kenderaannya di sebelah lelaki itu keluar daripada keretanya dan meluru ke arah penghantar makanan yang menaiki basikal itu.

Wanita tersebut kemudiannya memukul dan menyepak lelaki itu beberapa kali dan turut berkata sesuatu kepada mangsa sebelum beredar meninggalkannya.

Selepas wanita itu beredar, lelaki itu dilihat menundukkan wajahnya seolah-olah menangis akibat dikasari.

Di ruangan komen, orang ramai mengecam tindakan wanita itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

Lokasi dan tarikh kejadian itu belum dapat dipastikan.

Setakat ini masih belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa mahu pun Foodpanda berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram