KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 16,863 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad berbanding 20,923 pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 4,138,867 kes setakat ini.
Sementara itu, sebanyak 37 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Menurut laman sesawang COVIDNOW, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan sebanyak 34,751. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram