DI Twitter, tular satu rakaman video menunjukkan insiden pergaduhan antara seorang gadis dengan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong skuad amatur, COFC.
Gadis yang memakai hoodie merah jambu itu dilihat marah-marah dan menjerit sesuatu sebelum membaling tong sampah ke arah sekumpulan lelaki terbabit.
Dia kemudian diserang seorang lelaki berbaju merah sebelum seorang lagi 'mamat' berbaju hitam cuba meleraikan pergaduhan antara kedua-dua individu terbabit.
Bagaimanapun lelaki berbaju hitam itu ditolak ke tepi oleh lelaki berbaju merah tadi yang kemudian meluru untuk 'mengerjakan' gadis tersebut.
Seterusnya, beberapa orang penonton perempuan yang berada berhampiran segera menghalang lelaki itu daripada terus bertindak kasar selepas dia dilihat 'membelasah' budak perempuan tersebut.
RAKAMAN video tular insiden pergaduhan itu. — Twitter
Butir-butir pergaduhan antara kedua-dua individu berkenaan kurang jelas kedengaran menerusi rakaman video itu. Hanya kedengaran secara ialah perkataan 'terbaik, terbaik' yang berulang kali disebut oleh individu dipercayai perakam video berkenaan.
"Makwe siapa kena pukul woi time tengok bola ni?" ciap pengguna Twitter @RobotDuit dengan menyertakan rakaman video itu.
Menerusi ciapan berasingan, @RobotDuit turut menyertakan satu lagi rakaman video sambungan bahagian kedua.
Dalam video itu, kekecohan akibat pergaduhan tersebut terus berlaku. Kelihatan juga ada tong sampah dibaling ke arah individu yang berdiri menyaksikan pergaduhan berkenaan.
TANGKAP layar video menunjukkan orang ramai cuba meleraikan pergaduhan itu. — Twitter
@RobotDuit kemudian memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp daripada seorang individu bernama Zaha yang menyampaikan forwarded message menjelaskan situasi pergaduhan itu.
"Dalam kejadian malam tadi, seorang perempuan telah dipukul beramai-ramai kerana membaling tong sampah ke arah penyokong COFC.
"Ini adalah kerana perempuan tersebut tidak tahan dengan kata-kata kesat daripada penyokong lelaki yang tidak langsung ditujukan ke arah beliau. Malam tadi," tulis mesej itu.
PENJELASAN daripada seorang individu berhubung kejadian itu. — Twitter
Salah seorang pengguna Twitter @hanieafisa memberi ciapan balas dengan berkata, "Haaa tulah perempuan ni, takde bakat tengok bola tapi nak tengok bola, kan dah jadi macam tu. Nasib baik kau dik, sikit lagi nak jadi macam bola. Nak kena sepak-sepak."
"Sebab tulah kaum Hawa kalau nak ada situ, baik diam je tengok game tu. Kena banter sikit koyak...haha kan da kena," tulis @nanasriff.
Rakaman video itu memperoleh sejumlah 194,800 tontonan manakala video bahagian kedua meraih 77,600 tontonan sejak dimuat naik pada petang Rabu.
Tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram