Peguam respons adegan panas Zul Ariffin


  • Massa
  • Ahad, 20 Mac 2022

ZUL Ariffin dikecam kerana melakonkan babak intim bersama Siti Hariesa dalam drama terbaharunya. — The Star

TULAR di media sosial sejak beberapa hari lalu tentang kontroversi membabitkan 'trailer' drama terbaharu lakonan pelakon popular, Zul Ariffin.

Bagi yang belum menonton, trailer berdurasi 20 saat itu memaparkan babak intim Zul dan pelakon wanita, Siti Hariesa yang dilihat tidak sesuai ditonjolkan kepada khalayak ramai.

Drama berjudul 'Perempuan itu' bakal ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen swasta dalam masa terdekat.

Berkongsi pendapat tentang adegan panas tersebut, peguam, Nor Zabetha menegaskan sesebuah drama sebenarnya memerlukan jalan cerita dan skrip yang bagus.

"Mesejnya sampai dan cukup membuat emosi penonton bergolak.

"Jika tujuan untuk kontroversi, pengiklanan, umpan menarik penonton. Baca komen-komen (warganet), 90 peratus tidak setuju.

"Tidak sesuai dengan agama dan budaya kita. Jadi kalau penonton tidak suka dan tidak setuju, tidak perlu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Tambahnya, walaupun adegan itu sekadar lakonan, namun perbuatan tersebut sudah dilakukan bagi menjayakan babak terbabit.

"Yang kita semua marah, adegan itu. Ini bukan semata-mata sentuhan tetapi babak itu ke arah hubungan intim yang jelas dan nyata, bukan lagi berkias-kias.

"Cukup sekadar dialog, hendak memberikan nasihat atau pengajaran bukan fokuskan babak sebegitu.

"Jalan cerita, skrip dan lakonan yang perlu difokuskan dan bukanlah menambah perasa dengan babak sebegini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram