Andi Bernadee bagi 'teaser' lagu baharu


  • Hiburan
  • Rabu, 23 Feb 2022

ANDI juga berkongsi beberapa potongan lagu baharu itu di Instastory. — The Star

SUDAH lama penyanyi Andi Bernadee agak 'sendu' daripada buah tangan baharu, namun berdasarkan hantarannya di Instagram, penyanyi bergenre Reggaeton itu sepertinya sudah ada material buat peminat.

Berdasarkan ciapan di laman Instagramnya pada Selasa, Andi memberikan sedikit 'teaser' untuk lagu terbaharunya.

Bersama hantaran itu, penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu menulis," Bagaimana kalau ku rindu #AndiDU."

Di Instastory pula, Andi juga berkongsi beberapa potongan lagu yang sama dengan lagu yang dimainkan dalam hantarannya.

Berdasarkan petikan lagu yang dikongsi, Andi bakal membawakan buah tangan baharu yang kembali kepada elemen asalnya ketika menceburkan diri dalam dunia hiburan iaitu rentak yang 'catchy'.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, Andi difahamkan akan kembai aktif pada Mac dengan buah tangan terbaharu.

Pastinya ramai peminat Andi yang rindukan nyanyian jejaka yang berusia 30-an yang setakat ini kemunculannya hanya dilihat dalam sebuah program hiburan terbitan Astro, Master In The House. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram