Hun Haqeem 'Oppa' Malaysia dalam Blimey


  • Hiburan
  • Selasa, 01 Mac 2022

HUN Haqeem popular dengan watak Jekferr dalam siri popular Kampung People. — The Star

PELAKON, Hun Haqeem teruja diundang sebagai jemputan dalam siri bual bicara dalam talian popular dari Korea Selatan, Blimey.

Dihoskan oleh tiga gadis yang juga merupakan influencer terkenal Korea Selatan, Jade, Yerim, and Dasol, episod bersama Hun Haqeem bakal bersiaran di platform Youtube pada Mac 2022.

Pelakon yang dikenali dengan watak Jekferr dalam siri popular Kampung People itu berkongsi keterujaan dalam ciapan di Twitter pada Isnin.

"Saya peroleh kenangan manis bersama mereka," tulisnya di Twitter.

hun blimey

Menerusi hantaran itu, jejaka berusia 24 tahun itu turut berkongsi semula (retweet) satu ciapan peminat yang memaparkan gambar Hun Haqeem bersama dua hos Blimey iaitu Jade dan Dasoul.

Blimey merupakan program blog video tiga sahabat yang kerap membuat kandungan tentang Malaysia dan sering berkolaborasi bersama selebriti tempatan.

Rancangan itu turut mendapat sokongan Pelancongan Malaysia sebagai pengiktirafan mempromosikan budaya Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, mereka menjalinkan kerjasama dengan syarikat hiburan untuk memperkenalkan pelbagai artis dari pasaran Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram