Ingkar peraturan, MP Batu Gajah dihalau keluar Dewan Rakyat


  • Primer
  • Rabu, 16 Mac 2022

SIVAKUMAR dihalau keluar selama 10 minit selepas ingkar peraturan Dewan Rakyat. — Facebook

TINDAKAN Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar mencelah tanpa izin di Dewan Rakyat mengakibatkan dia dihalau keluar selama 10 minit.

Insiden itu berlaku ketiika Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique sedang membuat sesi penggulungan.

Sivakumar kemudian telah bangun untuk mencelah namun tidak mendapat keizinan daripada Halimah.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun kemudian telah menasihatkan Sivakumar supaya duduk dan mengikut peraturan dewan.

Namun, keengganan V.Sivakumar yang juga ahli parti DAP itu untuk duduk mengakibatkan Azhar Azizan terpaksa mengambil pendekatan untuk menghalaunya keluar Dewan selama 10 minit.

Sivakumar yang tidak berpuas hati cuba mendapat penjelasan mengapa dia dihalau namun Azhar Azizan menegaskan yang Ahli Parlimen itu sepatutnya mengikut peraturan untuk tidak mencelah jika tidak diberi kebenaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram