JABATAN Veterinar memaklumkan bahawa kebenaran semula pengimportan lembu hidup dari Thailand ke Malaysia telah diluluskan dan berkuatkuasa serta-merta.
Menurut Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor, pihaknya telah memuktamadkan perbincangan teknikal bersama pihak berkuasa veterinar Thailand (DLD).
"Persetujuan protokol import dan sijil perakuan veterinar untuk penyakit LSD lembu import Thailand telah dimuktamadkan.
"Pengimportan lembu Thailand dibenarkan serta-merta dan dalam minggu ini ia sudah boleh dibawa masuk ke Malaysia," katanya kepada Majoriti.
Sementara itu, Norlizan turut memberitahu, import lembu Thailand kali ini turut menambah baik beberapa syarat berkaitan perakuan dan pengesahan.
"Penambahbaikan kepada beberapa syarat berkaitan perakuan dan pengesahan lembu yang akan dieksport.
"Antaranya adalah bebas penyakit LSD, termasuk keperluan pemvaksinan, ujian dan tempoh kuarantin," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram