Ranhill dapat kontrak RM61 juta ganti pair lama di Kelantan


  • Bizz
  • Selasa, 15 Mac 2022

KONTRAK itu juga membolehkan Ranhill menjalankan kerja-kerja sampingan di Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai. — Gambar hiasan

ANAK syarikat milik penuh tidak langsung Ranhill Utilities Bhd, Ranhill Water Services Bhd (RWS) telah memperoleh kontrak RM61.49 juta daripada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) untuk menggantikan paip lama di Kelantan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kontrak itu juga membolehkan Ranhill menjalankan kerja-kerja sampingan di Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Projek itu dijangka bermula pada 29 Mac 2022 dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan pada 28 Mac 2024.

"Di bawah terma kontrak, RWS akan mengumpul, menghantar, membina, memasang dan menyiapkan kerja-kerja penggantian paip polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan keluli lembut sepanjang 103 km di daerah Kota Bharu Timur, Machang, Tanah. Merah dan Kuala Krai," katanya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Ranhill, Tan Sri Hamdan Mohamad berkata, kelayakan syarikat dalam projek berkaitan air dan pengkhususan dalam pengurusan air tanpa hasil memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan utiliti air di seluruh negara.

"Kami menjangkakan kontrak ini akan membawa impak positif kepada pendapatan kami bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022 sehingga 31 Disember, 2024,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ranhill, RWS, Kelantan, PAAB, Projek, Paip Air,