
NIK Hasanah Nik Mat, ibu kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Perkara itu dimaklumkan Tuan Ibrahim di laman Facebook beliau pada malam Selasa.
"Dukacita dimaklumkan bonda saya yang tercinta Nik Hasanah Nik Mat, telah kembali ke rahmatullah sekitar pukul 6.30 petang Selasa.
"Mohon doakan agar semua dosanya diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.
Difahamkan Nik Hasanah, yang merupakan adik kepada Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, meninggal dunia di rumahnya di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang akibat uzur.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Batu Balai, Jerantut, Pahang pada pukul 10 pagi Rabu dan dikebumikan tanah perkuburan Kampung Batu Balai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram