Bekas Adun Rembia meninggal dunia


  • Primer
  • Selasa, 15 Mac 2022

JENAZAH Norpipah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah. — Awani

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya, pagi Selasa.

Allahyarham yang berusia 68 tahun sebelum ini menderita barah dan turut disahkan positif Covid-19.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Ahmad Norazril Abd Aziz yang dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 3.42 pagi.

Norpipah yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di IKN.

Beliau berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Melaka dari IKN pada 10 pagi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah sekitar 11.30 pagi Selasa.

"Solat jenazah ghaib akan dilakukan di Surau Al Huda Taman Sri Pengkalan pada 12.30 tengah Selasa," katanya.

Norpipah merupakan Adun Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15 baru-baru ini.

Sepanjang pembabitannya dalam politik, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita Umno Melaka. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram