PRU akan diadakan bila kita sudah bersedia — Ismail Sabri


  • Politik
  • Ahad, 13 Mac 2022

BELUM ada keputusan bila PRU yang seterusnya akan diadakan. — Facebook

WAKTU Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih menjadi teka-teki walaupun Barisan Nasional (BN) sudah mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PRU akan diadakan sebagai sahaja mereka bersedia.

"Setiap keputusan akan dibincangkan secara serius oleh parti. Kita tidak boleh mengadakan PRU hanya kerana sekumpulan kecil mahu ia dilakukan.

"Ada prosedur untuk mengadakannya. Apabila kita sudah bersedia dan masanya yang sesuai, pilihan raya akan dilakukan," katanya pada Ahad.

Mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) di Johor, Ismail Sabri berkata, ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan yang mencerminkan penilaian rakyat terhadap parti yang bertanding.

“BN sebelum ini mentadbir selama 61 tahun dan tiada peluang untuk rakyat membuat perbandingan antara pentadbiran.

“Apabila berlaku pertukaran kerajaan, rakyat boleh melihat sendiri dan menilai janji-janji yang dilafazkan.

“Mereka kini boleh membandingkan mana kerajaan yang lebih baik serta mengambil berat dan membantu rakyat.

“Kini mudah untuk mereka membuat pilihan seperti yang dilihat di Melaka, Johor dan juga di Sarawak,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

politik, umno, prn, pn, ph, BN, Ismail Sabri, Undi, PRN, PRU