DUA maut manakala 14 lagi dimasukkan ke hospital selepas wabak penyakit Legionnaire melanda Lembah Coachella, di selatan California, Amerika Syarikat, menurut pegawai kesihatan tempatan pada Jumaat.
"Sebanyak 20 kes jangkitan akibat wabak itu telah disahkan dengan 14 daripadanya dimasukkan ke hospital. Dua kematian dilaporkan di Riverside County," menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Menurut Agensi Berita Xinhua, punca penyakit dan tahap penularannya masih belum dapat dipastikan.
Legionnaire ialah sejenis penyakit radang paru-paru disebabkan bakteria dikenali Legionella dan gejalanya termasuk demam, batuk dan sesak nafas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram