DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kempas menyaksikan calon Barisan Nasional, Ramlee Bohani menang dengan majoriti lebih 3,000 undi dalam pertembungan di tujuh penjuru.
Sementara itu, calon Pejuang, Nornekman Osman gagal meneruskan perjuangan Allahyarham bapanya, Osman Sapian dengan menggunakan tiket Pejuang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.
Nornekman sekadar mendapat 1,302 undi.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis (PKR) mendapat 6,643 undi manakala Nur Faizal Abdullah sebanyak 5,470 undi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram