JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang Jumaat.
Negeri-negeri terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, menurut amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.10 tengah hari Jumaat.
Kawasan terlibat di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong.
Di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu langat manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Seremban. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram