MetMalaysia jangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri


  • Primer
  • Rabu, 09 Mac 2022

HUJAN lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlarutan sehingga Khamis di Sabah. — The Star

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam Rabu.

Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Jelebu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Amaran sama dikeluarkan sehingga pukul 5 petang Rabu bagi Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang.

Sementara itu, amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk sehingga Khamis (10 Mac 2022) di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan bagi kawasan di pantai barat Sabah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram