SEORANG mangsa banjir yang dihanyutkan arus Sungai Cibanten, Kota Serang, Indonesia ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Banten.
Ketua Pejabat SAR Banten, Adil Triyanto berkata, mangsa yang dihanyutkan arus ditemukan di tepi Sungai Cibanten pada hari kelima operasi oleh penduduk Link Pasar Lama, Kampung Kota Baru, Kota Serang.
Adil berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kumpulan pertama melakukan kerja-kerja pencarian di saluran pengairan di hilir menggunakan bot getah sejauh 13.72 kilometer (km) ke muara Cibanten.
Katanya, pasukan SAR kedua melakukan pencarian di sekitar Jambatan Ki Demang dengan memfokuskan pemantauan visual dan pembersihan timbunan sampah akibat banjir.
Sementara itu, pasukan SAR kedua melakukan pencarian di sekitar LKP dan Jambatan Ki Demang dengan pemantauan visual dan pembersihan timbunan sampah akibat banjir.
"Pembahagian pasukan ini memudahkan pencarian. Akhirnya, pasukan SAR bersama berjaya menemui mangsa dengan jarak penemuan kira-kira 2 km dari lokasi awal.
“Mangsa dikenali sebagai Gusti, 18 tahun yang didapati telah meninggal dunia diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia pada Isnin.
Beliau berkata, dengan penemuan mangsa itu, operasi pasukan SAR, yang berjaya menemukan enam korban banjir di Kota Serang dihentikan.
Sebelum ini, Datuk Bandar Serang, Syafrudin berkata, lima orang meninggal dunia akibat dihanyutkan banjir.
Banjir di Kota Serang menenggelamkan 1,500 rumah dan menyebabkan 3,500 keluarga terpaksa dipindahkan.
Paras air dilaporkan berbeza-beza dengan yang paling teruk ialah sedalam 5 meter di Perumahan Padma Raya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram