Polis panggil penganjur konsert di Ayer Hitam


  • 112
  • Ahad, 06 Mac 2022

TANGKAP layar video konsert yang tular di media sosial.

POLIS akan memanggil penganjur konsert di Ayer Hitam, Johor bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 (Akta 342).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjalankan siasatan susulan video tular yang menunjukkan orang ramai menari di majlis itu tanpa sebarang penjarakan fizikal.

“Saya ingin mengingatkan penganjur agar tidak membuat sebarang program yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai. Jika mereka berbuat demikian, kami akan menjalankan siasatan terhadap mereka.

“Jadi dalam kes ini, jelas sekali mereka gagal mematuhi Akta 342 semasa konsert itu diadakan,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor pada Ahad.

Jelasnya, walaupun polis tidak menerima maklumat rasmi mengenai perkara itu, siasatan masih dijalankan dan mereka akan memanggil penganjur acara.

Beberapa siri video mengenai konsert itu menjadi tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan anak muda berpesta semasa konsert tanpa sebarang jarak fizikal.

Konsert itu dipercayai dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada 4 Mac lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram