Terus meningkat, 33,406 kes baharu Covid-19 dicatat pada Sabtu


  • Primer
  • Ahad, 06 Mac 2022

NEGARA mencatatkan peningkatan sebanyak 197 kes Covid-19 baharu pada Sabtu.

MALAYSIA mencatatkan 33,406 kes baharu Covid-19 pada Sabtu, meningkat berbanding 33,209 kes yang dicatatkan pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 3,595,172 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Sabtu adalah sebanyak 27,143 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 3,250,793 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Sabtu, Noor Hisham berkata, 33,064 kes adalah jangkitan tempatan manakala 342 merupakan kes import.

"Daripada kesemua kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 13,157 kes adalah kategori 1, manakala 20,035 kes merupakan kategori 2.

"92 kes pula adalah kategori 3, manakala 69 kes merupakan kategori 4 dan 53 kes adalah kategori 5,” katanya.

Tambah beliau, sehingga 5 Mac 2022, seramai 371 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 226 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kluster baharu dikenal pasti pada Jumaat, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 474.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram