Pecah rekod lagi catat 33,209 kes, tertinggi sejak pandemik


  • Primer
  • Sabtu, 05 Mac 2022

SEBANYAK 33,209 kes baharu Covid-19 direkodkan negara pada Jumaat. — Gambar hiasan

JUMLAH kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 33,209 kes pada Jumaat berbanding 32,467 kes pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,561,766 kes.

Ini adalah kes tertinggi yang direkodkan Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas.

Kali terakhir mencatatkan angka melebihi 32,000 kes adalah pada Khamis iaitu sebanyak 32,467 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal CovidNow, 32,768 kes adalah penularan tempatan, manakala 441 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan pada Jumaat, 11 negeri merekodkan kes empat angka dengan Selangor tertinggi iaitu 8,798 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,067); Kedah (3,016); Pulau Pinang (2,584); Johor (2,313); Sabah (2,131); Negeri Sembilan (1,676); Kelantan (1,528); Perak (1,505); Pahang (1,480) dan Sarawak (1,329),

KKM juga memaklumkan sebanyak 78 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 33,106 kes.

Daripada 78 kes kematian itu, 22 kes merupakan kes kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan BID sebanyak 6,830. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram