'Baju pun beli di Shopee, ada hati nak mengaku Raja Sabah'


  • Tular
  • Sabtu, 05 Mac 2022

JUBAH yang dibeli Muhammad Nazlie di Shopee.

BARU-BARU ini, tular di media sosial seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya merupakan Raja Sabah yang sah.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nazlie itu mendakwa dirinya merupakan waris mutlak kerabat Sulu, kerabat Brunei dan juga raja Britain.

Namun, perkara itu berjaya 'dikantoikan' oleh netizen selepas menemui maklum balas yang ditulisnya di ruangan penilaian platform e-dagang, Shopee.

Menurut tangkap layar yang dikongsikan di media sosial, lelaki itu membeli replika jubah maharaja China daripada peniaga di China.

Jubah tersebut berwarna kuning dengan bahagian kolar berwarna biru dan terdapat corak naga di beberapa bahagian jubah itu. Harga yang dipaparkan pula adalah bernilai RM164.70.

Sultan Sabah 2

Tangkap layar maklum balas lelaki itu di ruangan Shopee.

"Alhamdulillah, persalinan raja saya sudah sampai, terima kasih saudara dan saudari saya di Tanah Besar.

"Salam sayang dan saya adalah raja sebenar. Alhamdulillah, Dinasti Ta-han Jak. DYMM Muhammad Nazlie bin Saudia, Raja dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sabah," tulis lelaki itu di ruangan penilaian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram