INTERNET adalah salah satu platform yang mana segelintir pihak akan menyebarkan berita palsu.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan satu video tular memaparkan kewujudan seorang wanita berusia 399 tahun.
Ramai yang terkejut dan mempertikaikan kewujudan manusia dengan usia tersebut.
Ternyata, perkara itu adalah rekaan semata-mata kerana individu di dalam video tersebut rupa-rupanya adalah seorang sami yang berusia 109 tahun.
Sami wanita yang didakwa berusia 399 tahun itu sebenarnya menyamar sebagai seseorang yang berusia 163 tahun.
Luang Pho Ya menetap di Thailand dan baru-baru ini menjadi obsesi di TikTok kerana orang ramai mendakwanya sebagai manusia tertua di dunia yang masih hidup.
Cucu perempuannya menyiarkan video di akaun TikTok dan menarik perhatian ramai dengan pelbagai spekulasi tidak masuk akal.
Malah, salah satu video yang mana sami tersebut berbaring di atas katil hospital mendapat kira-kira 88 juta tontonan disertai ribuan komen.
Malah, terdapat satu lagi video tular yang mana dia sedang tidur di atas katil dengan memakai baju sejuk dan topi dengan warna kuning.
Keadaan menjadi tegang di laman sosial termasuk ada yang mendakwa bahawa meskipun wanita itu masih hidup, badannya sedang melalui proses mumifikasi.
Khabar angin itu dihentikan sejurus selepas usia sebenarnya didedahkan.
Menurut Guiness World Records, Kane Tanaka adalah orang tertua yang masih hidup di dunia kerana dia berusia 119 tahun.
Dilahirkan pada Januari 1903, wanita ini telah melalui zaman perang dunia hingga dua pandemik global.
Walaupun suaminya meninggal dunia pada usia 90 tahun, Kane kini mempunyai keluarga yang besar dan bahagia dengan lima cucu dan lapan cicit.
Pada 1 Januari, cicit Kane berkongsi beberapa gambar di Twitter ketika dia berusia 119 tahun dan berharap dia terus menjalani hidup dengan ceria.
Wanita tertua di dunia itu kini tinggal di rumah jagaan orang tua. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram