Empat kenderaan bertembung, jambatan P.Pinang 'melekat' berjam-jam


  • Tular
  • Rabu, 02 Mac 2022

TANGKAP layar insiden kemalangan melibatkan empat buah kenderaan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang pada Rabu.

KESESAKAN teruk berlaku di Jambatan Pulau Pinang pada pagi Rabu selepas empat kenderaan bertembung, menyebabkan beberapa lorong tidak dapat digunakan.

Kemalangan dilaporkan berlaku di kilometer 4 arah Barat jambatan dari Perai menuju ke George Town.

Menurut laporan, lorong tengah dan kanan terhalang menyebabkan trafik perlahan sejak pagi.

Setakat ini, masih belum terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu.

Orang ramai yang melalui kawasan itu dinasihatkan supaya berhati-hati dan pandu dengan cermat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram