'Ini yang dikatakan tidak ada pembalakan di Hulu Terengganu?'


  • Tular
  • Isnin, 28 Feb 2022

ZACK mengesahkan bahawa gambar berkenaan adalah gambar terkini dari lokasi kejadian. — Twitter

"INI yang dikatakan tidak ada pembalakan di Hulu Terengganu?" Itu merupakan persoalan yang diterbitkan seorang pemilik akaun laman sosial Twitter, Zack Rockstar yang berkongsi gambar batang balak yang hanyut di Hulu Terengganu, Terengganu pada Isnin.

Dalam perkongsian itu, Zack berkongsi empat keping gambar di sebuah Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Terengganu.

balak ganu

Menurutnya, lokasi itu terletak diantara Hutan Simpan Hulu Terengganu Dan Hutan Simpan Dungun, Terengganu.

Zack ketika dihubungi Majoriti mengesahkan bahawa gambar berkenaan adalah gambar terkini dari lokasi kejadian.

Hulu Terengganu merupakan antara lokasi yang terjejas teruk ekoran banjir yang melanda Pantai Timur sejak Ahad.

Setakat pukul 8 pagi, Isnin, seramai 2,946 orang dari 950 buah keluarga ditempatkan di 27 PPS sekitar daerah itu.

Majoriti kini cuba untuk menghubungi pihak Jabatan Perhutanan Terengganu bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram