KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan sistem eWages sebagai sistem pemantauan pembayaran gaji kepada pekerja asing di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, cadangan pelaksanaannya telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari lalu.