Wartawan dikompaun RM1,000 di PRN Johor


  • Primer
  • Sabtu, 26 Feb 2022

WAN Kuan Yong dikenakan kompaun RM1,000 selepas dikatakan mematuhi mematuhi SOP PRN Johor. — Sinar Harian
PROSES penamaan yang bermula pada Sabtu menyaksikan seorang wartawan akhbar berbahasa Cina dikompaun ketika sedang bertugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Johor.

Majoriti difahamkan, wartawan tersebut, Wan Kuan Yong dikenakan kompaun RM1,000 selepas dikatakan mematuhi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Wartawan itu juga cuba menjelaskan situasinya adalah disebabkan keperluan tugas namun pihak petugas juga memaklumkan itu juga adalah sebahagian daripada tugas mereka.

Selain itu, seorang lagi wartawan sebuah portal juga dimaklumkan telah diberikan amaran terakhir kerana kesalahan yang sama.

Proses penamaan calon pada Sabtu menjadi tumpuan media memandangkan sebanyak 223 calon dari parti berkenaan dijangka mengemukakan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

primer, wartawan, kompaun, prn johor, politik, sop, covid-19