Pertembungan enam penjuru rebut kerusi DUN Larkin


  • Politik
  • Sabtu, 26 Feb 2022

DUA calon daripada enam yang bertanding itu adalah daripada payung PH iaitu PKR dan Muda. — The Star
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru bagi merebut kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Namun, dua calon daripada enam yang bertanding itu adalah daripada payung Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan Muda serta DUN Larkin juga satu-satunya kawasan yang disertai dua parti daripada PH.

Empat lagi yang bertanding adalah melibatkan calon Umno daripada Barisan Nasional (BN), calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Perikatan Nasional (PN), calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

Di kerusi DUN berkenaan, PH-PKR diwakili oleh Dr Zamil Najwah Arbain, 48; BN-Umno, Mohd Hairi Md Shah, 38; PN-Bersatu, Zulkifli Bujang, 44; Muda, Rashid Abu Bakar, 28; Pejuang, Mohamad Riadz Mohamad, 49 dan calon Bebas, Norramadan Buan, 46.

Sementara itu, Pegawai Pengurus DUN Larkin, Datuk Abdul Rahman Salleh dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan akan berlaku enam persaingan di Dun berkenaan selepas berpuas hati dengan dokumen semua calon-calon akan bertanding. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram