MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan satu ruangan khas bilik penyusuan di Klinik Kesihatan MBPJ.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan bin Md Amir melancarkan bilik penyusuan yang pertama seumpamanya itu di klinik bertempat di No.43, Jalan Sungai Jerneh 8/1, Petaling Jaya, Selangor.
Beliau berkata, kemudahan itu adalah selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan para ibu memberi susu badan kepada bayi mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan.
Menurutnya, penyusuan memberikan banyak manfaat antara merendahkan risiko kanser payudara dan ovari dalam kalangan wanita.
"Usaha ini perlu dilihat pada sudut positif kerana golongan ibu bukan sahaja memerlukan sokongan ahli keluarga malah sokongan moral di tempat kerja bagi meningkatkan produktiviti kerja seharian," katanya.
Justeru, Mohamad Azhan berharap usaha tersebut dapat dijadikan contoh oleh semua pihak termasuk sektor swasta untuk melaksanakan inisiatif sama.
"Bilik penyusuan di klinik ini bagi membolehkan golongan ibu menyusukan serta menguruskan kelengkapan bayi dengan tenang dan selesa.
"Ia dapat memberikan breastfeeding-friendly di semua tempat terutamanya di pusat beli-belah bagi kemudahan pekerja wanita dan orang awam," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram