KERUGIAN besar yang pernah dialami selepas semua barang di dalam rumahnya rosak teruk akibat banjir besar pada 2013, mendorong seorang peniaga makanan di Kampung Teladas dekat Air Putih, Kemaman, Terenganu, membina tiga rakit buluh sebagai ikhtiar untuk menyelamatkan harta bendanya.
Tarmizi Jaafar, 60, berkata, ketiga-tiga rakit itu dibina dengan spesifikasi dan fungsi berbeza iaitu bagi meletakkan barangan jualan, perkakas elektrik dan memudahkan pergerakan sepanjang musim banjir.
"Penggunaan rakit lebih praktikal di kampung ini kerana arus air tidak terlalu kuat, jadi barangan yang diletakkan di atas rakit adalah lebih selamat. Memang ada sedikit kerosakan pada barang kerana terkena tempias hujan lebat, namun saya tidak lagi rugi besar seperti banjir pada 2013.
"Untuk memudahkan pergerakan pula, saya masih menggunakan rakit buluh kerana ia tidak mudah rosak seperti bot fiber dan kos pembuatannya lebih murah kerana saya ambil buluh di tepi-tepi sungai sahaja... cukuplah sekadar bawa anak isteri keluar dari rumah ke jalan berdekatan jika ada urusan tanpa perlu mengharungi banjir," katanya.
Ketika ini, hanya Jaafar satu-satunya penduduk yang masih menggunakan rakit buluh di kampung tersebut kerana kebanyakan penduduk lain sudah memiliki bot fiber yang berharga lebih RM1,000 tanpa enjin dan lebih RM6,000 berserta enjin.
Menurut Tarmizi, kos untuk membuat rakit bagi meletakkan perkakas elektrik seperti televisyen, peti sejuk dan mesin penapis air hanya RM500 sahaja dengan membeli tong air yang besar sebagai pelampung.
"Rakit ni mudah jaga, kalau terlanggar apa pun tidak perlu dibaiki macam bot. Lepas dah habis musim banjir boleh simpan," katanya yang teruja kerana ada kanak-kanak yang mahu mempelajari cara pembuatan rakit tradisional itu.
Kampung Teladas antara kampung yang paling kerap dilanda banjir kerana lokasinya yang terletak di pinggir Sungai Kemaman menyebabkan air mudah melimpah dan naik dengan mendadak.
Banjir paling teruk pernah berlaku pada 2013 menyebabkan berpuluh rumah ditenggelami air hingga paras bumbung. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram