SEBAHAGIAN kecil ruang belakang sebuah bangunan berdekatan Jalan Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak yang dalam pembinaan di Kuala Lumpur, terbakar 70 peratus selepas tong gas kimpalan di ruangan itu meletup dan terbakar.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.17 petang Rabu, sebelum pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian.
"Setibanya di situ disahkan terdapat kebakaran melibatkan dua buah tong gas jenis asetilena.
"Kebakaran berjaya dikawal pada 2.30 petang dan tidak ada mangsa terlibat, manakala punca kebakaran masih disiasat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di bangunan berkenaan berkata semasa kejadian dia berada di lobi bangunan itu apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat.
"Letupan itu disusuli dengan kepulan asap memenuhi ruang bahagian belakang tempat tong gas kimpalan itu diletakkan,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram