LIMA maut dan enam lagi cedera dalam dua kejadian kebakaran berasingan di Metro Manila pagi Ahad, menurut anggota bomba Filipina.
Biro Perlindungan Kebakaran berkata, empat maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran yang tercetus pada 9.48 pagi waktu tempatan di daerah padat di Bandar Manila.
Anggota bomba berjaya memadam kebakaran 45 minit kemudian.
Sementara itu, kebakaran di pasar basah Bandaraya Makati sekitar 4 pagi turut mengorbankan seorang wanita berusia 76 tahun.
Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang gadis yang pengsan di lokasi kejadian.
Punca kebakaran masih disiasat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram