TUDM pegang rekod jumlah jam penerbangan tertinggi Airbus H225M di Asia


  • Primer
  • Rabu, 23 Feb 2022

UNTUK rekod, terdapat 12 buah H225M digunakan TUDM sejak tahun 2012 yang secara keseluruhannya telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 jam penerbangan.

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat rekod sebagai pemegang jumlah jam penerbangan tertinggi di Asia bagi helikopter tentera Airbus H225M.

Airbus menerusi kenyataan memaklumkan, pencapaian itu diraikan di Pangkalan Udara Kuantan hari ini, dengan penyampaian anugerah oleh Ketua Serantau Airbus Helicopters Asia Pasifik Vincent Dubrule kepada Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Turut hadir Timbalan PTU Left Jen, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia Raymond Lim.

Pada majlis itu turut diraikan ialah juruterbang TUDM yang masing-masing mencapai 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan menerusi helikopter H225M.

Untuk rekod, terdapat 12 buah H225M digunakan TUDM sejak tahun 2012 yang secara keseluruhannya telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 jam penerbangan.

Helikopter tersebut direka bentuk bagi menangani misi paling mencabar dan telah digunakan dalam pelbagai misi latihan dan kemanusiaan termasuk operasi menyelamat semasa banjir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram