Saya kurang sihat — Uyaina Arsyad


  • Hiburan
  • Rabu, 23 Feb 2022

UYAINA ada memberitahu kepada Majoriti bahawa dia kini tidak sihat. — The Star

"MISSING you @rajasyahiranmy," satu mesej pendek yang dikongsi oleh pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad dalam satu Instastory pada Rabu.

Jika sekali pandang, ia seolah satu mesej yang 'sweet' seorang isteri buat suaminya namun apabila diperhatikan gambar yang dikongsi seperti pemandangan sebuah bangunan hospital.

Malah, ucapan rindu itu seolah Uyaina kini berada berasingan daripada suaminya.

WhatsApp Image 2022-02-23 at 6.27.58 PM

Terdapat khabar daripada sumber Majoriti yang khabarnya Uyaina tidak dapat hadir mengacarakan sebuah rancangan bual bicara sebuah stesen televisyen kerana masalah kesihatan.

Majoriti ada berhubung dengan Uyaina untuk mendapatkan pengesahan isteri kepada Raja Syahiran itu tentang perkongsian berkenaan.

Menurutnya yang menjawab dalam satu mesej ringkas bahawa dia kini tidak sihat dan sedang dalam proses pemulihan.

Pihak Majoriti juga cuba berhubung dengan Raja Syahiran, namun sehingga kini belum ada maklum balas daripada penyanyi itu.

Dalam keadaan kes pada paras lima angka berikutan gelombang Omicron, Majoriti harap Uyaina tidak dijangkiti virus Covid-19.

Majoriti berharap agar Uyaina segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram