‘Scammer’ gila seks tawar iPhone perdaya mangsa


  • Tular
  • Ahad, 20 Feb 2022

PELBAGAI cara digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya orang ramai di negara ini. — Gambar hiasan/Facebook

TAKTIK penipuan dalam talian melibatkan telefon pintar Apple, iPhone bukan perkara baharu di negara ini.

Sebelum ini, wujud sindiket yang menjual telefon pintar berkenaan dengan harga 'tidak masuk akal' di media sosial.

Malahan baru-baru ini, rata-rata pengguna Instagram khususnya mengadu ada sindiket menghantar mesej melalui ruangan komen mereka bahawa 'kononnya' memenangi iPhone.

Majoriti turut menerima mesej serupa beberapa kali baru-baru ini.

Screenshot 2022-02-20 084735

Tidak cukup dengan taktik sedemikian, seorang pengguna Twitter, @ketengahketepi menerusi ciapannya pada Sabtu mendedahkan ada individu cuba menawarkan iPhone secara percuma dengan meletakkan 'syarat' tertentu.

Berdasarkan perkongsian pengguna itu, syarat diletakkan oleh 'scammer' itu adalah 'perlu membuat ujian kematangan badan' untuk memenangi iPhone percuma.

Pengguna itu turut berkongsi ada mangsa yang 'terkena' dengan taktik 'scammer' berkenaan dan cuba meminta bantuan daripadanya.

Mangsa dikatakan merupakan gadis bawah umur dan menerusi ruangan komen, mangsa tersebut sudah membuat laporan polis.

Screenshot 2022-02-20 085547

MANGSA membuat laporan polis. — Twitter

Majoriti masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berhubung kes berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram