Warga emas dakwa tak henti menggigil lepas cucuk 'booster'


  • Tular
  • Khamis, 17 Feb 2022

SEBELUM ini, ayah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri turut dikatakan muntah-muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang ketiga. — Gambar hiasan/The Star

SEBELUM ini, tular di media sosial ayah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikatakan muntah-muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang ketiga.

Terbaharu, seorang warga emas mendakwa dirinya kurang sihat selepas dua bulan mengambil suntikan dos ketiga.

Video tular yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Samseng Dusun menunjukkan keadaan seorang warga emas lelaki dengan badannya menggigil tidak henti-henti, seakan-akan mengalami penyakit Parkinson.

RAKAMAN video keadaan warga emas itu.

"Kita suruh orang tengok sendiri bukti selepas suntik vaksin dua bulan. Lima bulan lepas cucuk pada Disember.

"Sebelum ini boleh jalan lagi dan makan. Biar pihak atasan tengok bagaimana kesan vaksin booster ini," dakwanya.

Rata-rata komen di hantaran itu berasa simpati dengan keadaan warga emas terbabit, malah ada juga warganet yang mendakwa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya akan memberi jawapan selamat jika melihat keadaan orang tua itu.

"KKM, doktor semua tidak akan mengaku ini punca vaksin. Habis sangat mereka kata penyakit sedia ada. Mau jadi apa tanggung sendiri. Mereka cerdik kot. Tidak ambil vaksin, tidak boleh ke mana. Sudah ambil, mau jadi apa, tanggungjawab sendiri," kata pengguna Facebook, Yaya Faizryaa.

"Nanti mereka jawab. Memang ada penyakit yang sedia ada. Bukan sebab vaksin atau booster," kata seorang lagi pengguna Facebok, Puan Nur Samsuhada Wadahada.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mendakwa bukan pakcik itu saja alami perkara yang sama tetapi ramai yang sudah menjadi mangsa selepas suntikan vaksin.

Majoriti sedang menunggu maklum balas KKM berhubung dakwaan warga emas terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram