Pelantar ikan meletup di Bagan Datuk, lelaki ditemui mati terduduk


  • 112
  • Khamis, 17 Feb 2022

KEADAAN pelantar ikan yang terbakar di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di Bagan Datuk, Perak pada Rabu. — Facebook

SEORANG lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di pelantar ikan miliknya di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di Bagan Datuk, Perak pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan dalam pejabatnya di atas pelantar ikan tersebut dalam keadaan duduk di kerusi.

Jelas beliau, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8 pagi pada Rabu daripada seorang lelaki yang mengatakan terdengar bunyi letupan di pelantar ikan berkenaan.

"Tiada pekerja lain yang ada semasa kejadian dan saksi adalah pemilik pelantar bersebelahan yang terdengar bunyi letupan, yang terus membantu memadamkan kebakaran serta menghubungi pihak bomba.

"Letupan dipercayai berlaku susulan pemeluwapan bahan mudah terbakar.

"Tiada unsur jenayah dikesan dan kes dipercayai akibat kecuaian dari kemalangan dan diklasifikasi sebagai mati mengejut. Lelaki itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat esok (Khamis)," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram