KKM mahu lebih ramai terima dos penggalak sebelum PRN Johor


  • Primer
  • Khamis, 17 Feb 2022

ORANG ramai menunggu giliran untuk menerima vaksin penggalak di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. — AZHAR MAHFOF/The Star

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meminta lebih ramai orang dewasa di Johor mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata, walaupun kadar pengambilan dos penggalak di negeri itu baik, yang mana 63.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dos ketiga mereka, pihaknya mahu melihat peratusan lebih tinggi sebelum pilihan raya.

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan kepada orang dewasa di daerah yang mempunyai kadar rendah bagi suntikan dos penggalak itu.

"Dua daerah di Johor dengan peratusan dos penggalak paling rendah adalah di Mersing dengan 35 peratus dan Pontian dengan 39 peratus.

"Saya rasa Datuk Seri Ahmad Maslan perlu bekerja lebih keras lagi," sindir Khairy. Ahmad adalah Ahli Parlimen Pontian.

Sehingga kini, kira-kira 80 peratus penduduk Johor berumur 12 tahun dan ke atas telah divaksin sepenuhnya.

Bilangan orang dewasa yang telah menerima suntikan dos penggalak adalah sebanyak 63.2 peratus.

Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac dengan pencalonan pada 26 Februari. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram