Salah tetap salah — Hishammuddin


  • Primer
  • Ahad, 13 Feb 2022

HISHAMMUDDIN menerima kesalahan yang dilakukannya. — The Star

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sewaktu hadir ke Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor pada petang Ahad.

Hishammuddin menerusi satu ciapan di Twitter mengakui berlaku kelemahan dalam pematuhan SOP pada majlis berkenaan.

"Saya hadir sebagai sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi salah tetap salah.

"Tiada siapa berada di atas undang-undang, termasuk diri saya sendiri. Ini perlu dijadikan pengajaran buat kita semua," ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengarahkan pegawai KKM untuk mengeluarkan kompaun terhadap Hishammuddin; Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram