'Nampak tangan pegang gari, tapi bukan wajah pemandu' — Polis


  • 112
  • Khamis, 17 Feb 2022

POLIS meminta kerjasama orang awam yang berada di lokasi kejadian untuk tampil beri keterangan.

KONTROVERSI berhubung identiti pemandu kereta Proton Persona yang tular kerana menayangkan gari semasa mahu menukar laluan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Sabtu, masih menjadi tanda tanya selepas siasatan polis adalah untuk mengenal pasti identiti sebenar suspek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dalaman (kertas enkuiri) yang dibuat adalah untuk meneliti setiap aspek termasuk mengesahkan identiti pemandu dan individu lain dalam kenderaan terbabit.

"Kita nampak tangan pemandu (pegang gari) tapi kita tidak nampak mukanya. Siapa yang bawa kenderaan itu. Berapa ramai orang dalam kereta ketika kejadian.

"Ramai lagi kita nak panggil untuk diambil keterangan bagi mengesahkan betul-betul identiti pemandu kereta tersebut," katanya kepada Majoriti.

Noor Dellhan berkata, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan dan untuk itu, beliau meminta kerjasama orang awam yang berada di lokasi kejadian untuk tampil membantu polis.

Beliau berkata, setakat ini keterangan daripada enam individu telah diambil bagi membantu siasatan.

“Polis membuka kertas enkuiri dan telah mengambil keterangan enam individu setakat ini.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram