SEBUAH kereta jenis Honda City yang dipandu seorang wanita dirakam merempuh beberapa kenderaan lain di kawasan persimpangan dipercayai dekat Wangsa Maju.
Menerusi video yang dimuatnaik pengguna Twitter, ptryhmzh di ciapannya, perakam itu merupakan kakaknya yang juga telah dirempuh kereta berkenaan.
RAKAMAN video insiden yang didakwa berlaku di Setapak itu.
Menurutnya, kereta Honda City itu dicuri seorang wanita di sebuah stesen minyak ketika pemiliknya pergi ke tandas bersama isteri.
Kemudian, pemilik kereta berkenaan cuba mengejar keretanya dengan menggunakan motor staf di stesen minyak itu.
Namun, sebuah persimpangan lampu isyarat yang sesak buatkan pemandu itu tidak boleh melarikan diri dan menerusi video di ciapan itu terdapat orang awam yang lontarkan batu untuk pecahkan cermin sebelum mengeluarkannya dari kereta.
"Dia gigit orang yang pegang dia. Kena lempang siap kena tendang dengan pemilik kereta. Berdarah hidung.
"Dia sudah mula langgar kereta dekat traffic light Wangsa Maju lagi. Kereta belakang dah hon, inkling perempuan Honda putih gila ni tengah mencelah. Tengah duduk diam dekat traffic light tiba tiba dia datang langgar. Terus keluar darah panglima kakak aku pergi kejar dia," katanya.
Dalam pada itu, kereta tersebut juga dipercayai mempunyai sejarah disaman oleh pihak polis.
Sehingga kini, Majoriti masih menunggu kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram