Aksi dramatik wanita lari dari polis di Sabah, langgar 'abang' posmen


  • 112
  • Isnin, 14 Feb 2022

TANGKAP layar video yang memaparkan seorang wanita cuba melarikan diri selepas ditahan polis. — Facebook

SEORANG wanita bertindak nekad dengan melarikan diri daripada polis sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan melanggar seorang posmen dalam kejadian di Jalan Tanjung Lipat, Sabah pada pagi Isnin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kereta jenis Toyota Hilux itu didakwa kenderaan curi itu dipandu oleh seorang wanita dan ketika ditahan, pemandunya cuba melarikan diri.

Ketika melarikan diri, suspek wanita itu telah melanggar beberapa kenderaan dan polis juga dikatakan telah melepaskan beberapa das tembakan dalam usaha untuk memberhentikan suspek.

Bagaimanapun, suspek ditahan polis di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah beberapa jam selepas itu.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada polis berkaitan dengan kes tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram