TULAR di media sosial gambar-gambar seorang wanita yang dipujuk suaminya selepas berhasrat untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Ahad.
Hantaran itu dikongsikan laman Facebook Mamu Jarum dan mendapat lepas 16 perkongsian setakat 3 petang Ahad.
"Cubaan seorang wanita untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang tidak menjadi selepas berjaya dipujuk suaminya dalam kejadian yang berlaku tengah hari tadi," katanya.
Pasukan bomba yang menerima laporan kejadian itu dikatakan bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memujuk wanita berusia 40-an itu, namun gagal.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian suaminya sampai di situ dan cuba memujuk wanita tersebut sebelum berjaya memeluk erat dan menenangkannya.
TANGKAP layar komen Far AH terhadap insiden cubaan bunuh diri itu. — Facebook
Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mendakwa kemungkinan wanita berkenaan berdepan tekanan dalam rumah tangga.
Pengguna Facebook menggunakan nama Rais Firas Mia Repas mendakwa, mungkin mangsa berasa stres dan terlalu banyak berfikir.
"Stres, banyak fikir, rasa tiada jalan penyelesaian, tiada orang nak ambil tahu, tiada orang yang nak hiburkan, tiada perhatian daripada orang-orang tersayang. Ini bukan bahan lawak ya," tulisnya.
TANGKAP layar komen Far AH terhadap insiden cubaan bunuh diri itu. — Facebook
Sementara itu, Far AH meninggalkan komen supaya mangsa diberi kekuatan dan ketabahan melalui kehidupan mencabar.
"Ujian yang berbeza Tuhan beri kepada setiap manusia. Syukur Tuhan selamatkan akak amoi untuk terus melalui kehidupan ini. Teruskan berjuang," tulis.
Dalam pada itu, Majoriti berusaha mendapatkan pihak bomba bagi mengetahui punca sebenar wanita berkenaan bertindak sedemikian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram