POLIS sedang mencari dua suspek yang menembak mati seorang lelaki di Jalan Baru, Seberang Prai pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek dipercayai menaiki dua motosikal, namun nombor pendaftaran mereka tidak diketahui.