Jemaah umrah perlu ikut SOP baharu


  • Primer
  • Khamis, 10 Feb 2022

PERJALANAN mengerjakan umrah sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berkuat kuasa pada 8 Januari lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron. — The Star

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sedang mengatur sesi latihan tenaga pengajar (ToT) mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu umrah kepada semua syarikat pengendali ibadah itu di bawahnya.

Motac dalam satu kenyataan berkata, sesi yang akan diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan itu adalah bagi membolehkan syarikat terlibat memberi taklimat dan penerangan kepada jemaah terutama berkaitan tiga SOP baharu berhubung aktiviti umrah bermula 14 Februari ini.

SOP baharu itu antaranya menghendaki syarikat pengendali melantik orang yang dipertanggungjawabkan (PIC) sekiranya mempunyai 40 orang jemaah dan ke atas, serta menetapkan PIC menguruskan jemaah di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia jika kumpulan mempunyai kurang daripada 40 orang jemaah.

Kerajaan juga mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak dan membenarkan mereka menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa perlu memohon kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

Perjalanan mengerjakan umrah sebelum ini ditangguhkan selama sebulan berkuat kuasa pada 8 Januari lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron. Umat Islam dibenarkan untuk menjalani ibadah itu semula bermula Selasa lepas (8 Februari). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MOTAC, umrah, jemaah, SOP